Pages

Thursday, 9 June 2011

4. Adat Perkahwinan Melayu

Hai semua.. 

Yuhuuu.. sihat tak korang kat sane tu?? Rara sihat je..



Kali ni Rara nak kongsi ngan korang semua pasal Adat-adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu.. Rara ni tak la tahu sgt pasal adat2 perkahwinan ni.. tapi melalui pembacaan.. ni yang Rar dapat.. 

Perkahwinan merupakan elemen terpenting di dalam kehidupan bermasyarakat, terutamanya masyarakat Melayu. Perkahwinan merupakan permulaan kepada hidup bermasyarakat. Sebuah masyarakat dibentuk melalui perkahwinan. 

Ini kerana budaya, iaitu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa terbentuk dari pembinaan sebuah masyarakat. Tiada masyarakat maka tiada budaya atau adat yang wujud. Perkahwinan mengandungi pelbagai adat. Antara aspek yang terdapat di dalam adat perkahwinan ialah merisik, meminang, bertunang, berinai, bersanding, merenjis dan sebagainya. Kemuncak kepada majlis sesebuah perkahwinan adalah bersanding. Majlis bersanding adalah antara majlis yang akan meninggalkan memori indah buat raja sehari kerana mereka diraikan di atas pelamin indah serta dilayani bak raja dan permaisuri di atas takhta. Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu penuh dengan keindahan adatnya, pakaiannya, makanannya dan sebagainya. 

Jom kita kenali serba sedikit tentang adat-adat perkahwinan dalam Masyarakat Melayu.

Mengikut pengalaman orang-orang lama, adat-adat perkahwinan orang Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat atau fasa seperti berikut:

1.   merisik, 

      Merisik. Diambil daripada kata risik atau siasat. Dalam keadaan ini, keluarga pihak lelaki atau keluarga pihak wanita akan menziarahi rumah keluarga pihak yang ingin dijadikan besan. Tujuaannya adalah untuk saling kenal-mengenal dan mengetahui status si gadis atau si teruna sama ada sudah berpunya atau belum.
 
2.   meminang,

      Apabila sudah mendapat persetujuan daripada dua-dua pihak, meminang akan dilaksanakan. Wakil dari kedua-dua pihak akan dihantar untuk meminang. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa meminang termasuklah hantar belanja, persalinan dan tempoh bertunang.
 


      Jawatan Ketua Adat dan Ketua Syarak biasanya diwujudkan, dan orang-orang ini akan bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan meminang dan seterusnya.

3.   menghantar tanda,

      Tanda di sini berkaitan dengan cincin pertunangan. Juga dipanggil sebagai cincin penanda atau cincin tanda. Ini menunjukkan individu tersebut sudah ditanda, iaitu sudah berpunya. Biasanya dibuat majlis pertunangan. Dalam majlis ini, akan turut dibincangkan mengenai urusan perkahwinan.


 
4.   hantaran belanja,

      Kedua-dua belah pihak akan diketuai oleh Ketua Syarak atau Ketua Adat. Wang hantaran akan dihantar dan digubah dalam pelbagai bentuk yang menarik. Selain wang, turut dihantar bunga rampai, sirih junjung atau tepak sirih, pahar telur merah, nasi semangat, alat solek, buah-buahan dan sebagainya.

Adat ini dipercayai ada kaitannya dengan pengaruh budaya Hindu.

 
5.   menjemput
      Menjemput di sini bermaksud memberitahu dan mengajak orang-orang kampung untuk datang ke majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Kenduri biasanya akan dimulakan di rumah pengantin perempuan.
 
6.   akad nikah
      Akad nikah merupakan perkara wajib dalam perkahwinan, berkait rapat dengan keagamaan. Imam akan mewakili wali perempuan, menjadi juru nikah, sambil berdepan dengan bakal pengantin lelaki. Selepas selesai akad nikah, maka sahlah sudah pasangan suami isteri. Dalam upacara ini, juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai. Selepas akad nikah, biasanya akan diadakan upacara berinai dan bersanding.

Mas kahwin ini adalah untuk kegunaan suami isteri. Boleh dikatakan sebagai belanja kehidupan suami isteri yang baru berkahwin.

 
7.   berinai besar
      Pengantin akan berpakaian seperti golongan bangsawan dan raja-raja. Warna baju pengantin lelaki dan perempuan adalah sama. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan kompang. Pengantin akan duduk di atas pelamin. Inai akan dipakaian ke kuku dan hujung jari pengantin lelaki terlebih dahulu oleh ahli keluarga pengantin.
 
8.   bersanding
      Pada hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.









Hari persandingan atau kenduri kahwin atau majlis perkahwinan, akan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan kompang dari satu tempat khusus, kebiasaannya rumah keluarga pihak lelaki atau rumah sanak-saudaranya, menuju ke rumah pengantin wanita. Hantaran akan turut dibawa bersama.


 9.   jemput menantu

              Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. 
             Biasanya diadakan pada hari-hari bilangan ganjil, iaitu hari ketiga, kelima atau ketujuh.
             Selepas tinggal di rumah pengantin wanita, pasangan pengantin akan pergi pula ke
              rumah pengantin   lelaki.




Haa..amacam?? sikit sebanyak membantu jugak kan.. Pastikan korang yang sedang merancang untuk berumah tangga tu tak melupakan adat kita ni.. Ini warisan nenek moyang kita.. 





Okk..take care ok!!! jangan nakal2 tau!! 


3. Mari Buat Pilihan

Mari2.. sekilo 3 hengget.. cepat2.. lai2.. mari pilih..

Haaa.. korang igt pilih pasangan hidup ni macam beli barang kat pasar malam ke?? Kalau la semudah tu, best la kan.. tak yah pening kepala.. rase nak yg baru je, pi pasar tempat lain pulak.. dapat fesyen lain pulak.. hehehehe.. nak 2 kilo, 3 kilo.. cakap je..

Adoiii.. korang jgn pening2 tau.. Rara tau korang nak kan yg terbaik.. Nak macam Putera William la, nak macam Kate Middleton la, nak yg hot n spicy macam Lady Gaga la.. nak suara sedap macam Dato Siti Nurhaliza, nak hensem macam Adi Putra, nak romantik macam Aaron Aziz la, nak gitu nak gini.. 

Mmg korang boleh tentukan pasangan hidup korang.. kita kawen bukan nak setahun dua kan.. Kalau boleh nak sepanjang hayat..so kita ni kenalah bijak bistari memilih ok!!

So..Rara ni bukan la org yg bijak bistari nak cakap pasal perkara ni.. so dengan bantuan en google tersayang.. terjumpa la ni.. Menarik pengolahan ceritanya.. mari2 baca..tambah ilmu sikit ye..

Bermulalah ceritanya... oleh DR. LOVE

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.  Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. 

Konsep 5 `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "kahwin".

1. KENAL
 
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. 

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

  "Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. 
Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah,
Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan - kawannya"
 
Itulah yang dinamakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.... 

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.
  

2. KELAS

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan

Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam. 


3. KUFU

Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. 

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek.  Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga. 


4. KASIH

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis


Sweet kawan Rara ni tau.. berkawan dari zaman sekolah.. last2 kawen2.. bessttttttt sgt.. =)

 
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" 

 Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita,  perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.  

Rasulullah memberitahu: 

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" 

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan 

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya  mendapat kehancuran sebagai balasan, 

Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. 

Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya. 

Dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya." 

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu / niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan dilindungi.  Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham. 


5. REDHA

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting.  

Rasulullah sering bertanya :-  

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka" 
 
"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" 

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An Nur :ayat 26 

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" 

Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. 

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin,  Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku 

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". 

Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. 

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan. 

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan. 

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq. 

Maka turunlah Suruah Al Baqarah: 

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."

Thnks ye Dr Love.. 

Harap2 ini dapat membantu korang sedikit sebnyak k.. Take care ok!!!
Daa....


Wednesday, 8 June 2011

2. Definisi Perkahwinan

Haaa.. Rara tau..semua tak sabar nak kawen kan?? 

Hehehe.. tapi korang tau ke definisi perkahwinan tu ape?? Kikikikiki.. 

Meh sini, Rara nak bagi tahu korang.. ni semua Rara dapat melalui pembacaan.. 

Dan terima kasih bnyak2 pada blogger2 yang rajin berkongsi info berkenaan kawen-mawen ni.. hehehehe.. =)


Perkahwinan wujud dalam setiap masyarakat. Hampir semua masyarakat di dunia ni telah mengamalkan salah satu dari aktiviti mereka ialah perkahwinan. Melalui perkahwinan, mereka mengembangkan keturunan mereka. Perkahwinan telah lama wujud di kalangan masyarakat sejak lama dahulu.


Menurut Islam, Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t

 “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan...


Dan secara keseluruhannya, perkahwinan didefinisikan sebagai hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Semua perkahwinan yang berlangsung di serata dunia semuanya melalui undang-undang. Perkahwinan hendaklah didaftarkan.

Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang dan seterusnya menembangkan generasi, sehingga wujudnya generasi kini.

Hmm.. itulah perkahwinan dengan kata skemanya.. hehehehe..


Untuk lebih details.. korang boleh baca kat sini ye.. kat sini Rara ada letak 2 3 link untuk korang tambah ilmu tentang perkahwinan k.. 



  1. Laman Perkahwinan Dalam Islam
  2. Jalan Akhirat (Perkahwinan Dalam Islam)
  3. Dunia Perkahwinan

Bye2.. Jumpa lagi ye next entry k.. Take care sayangsssss..

1. Hai SeMua!!!

Korang nak kawen tak?? Hehehehe.. mestilah nak kawen kan.. kawen best.. boleh jadi raja sehari.. hehehe.. pakai cantik2.. mekap lawa2.. wahhhhh.. macam artis gitu.. hehehe.. sane sini nak snap gambar.. klip sane, klip sini.. berpinar mate dek kena flash kamera2 saudara mara, sepupu2, kawan2.. glamer gitu.. tapi nak kawen kena la ada persiapannya kan??? Takkan nak kawen ala2 koboi je bak kate org2 tua.. mmg la ala kadar, tapi kena jugak ada persiapan kan?? Haaa.. wujudnya blog ni, nak tolong korang la.. 

Rara suka tau..suka sgt bab2 kawen ni.. suka tgok yg pengantin2 hensem bergaya, cantik manis atas pelamin.. kawan2 nanti komen kat fb.. “wahhh..cantiknye pelamin ko..” “marveles la lauk kat kenduri ko..” “cute la doorgift ko” “woww..cntik baju, sewa kat mana??” hehehehe.. ni la komen2 best yg kite nak dgr kan.. 

Pastu Rara nak tolong korang, terutamanya yang kesuntukan masa nak pikir pasal konsep or anything pasal wedding korang..  Rara tak korang kang main taram aje pape.. kang jadi mangsa fesyen pulak.. udah jadi bahan pulak, kawan2 dok mengumpat..tak terkecuali Rara.. kikikikiki.. tapi komen membina ok.. hehehehe..

So.. meh sini..Rara tolong korang k.. 

Bye2.. jumpe next entry k..

Bakal2 Pengantin =)